Tuesday, June 30, 2009

BELAJARLAH RAJIN-RAJIN

28 Jun lepas adikku Hilmi telah mendaftarkan diri sebagai pelajar di Universiti Darul Iman, Gong Badak, Terengganu. Kursus Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam).

Menurut Masturah, setelah disemak secara online, dan melihat kursus yang diperolehinya perkataan pertama terlontar dari mulutnya ialah " tok sir gi aku..." dan beberapa ketika kemudian (agaknya setelah berfikir) "ah!!! tanya kak dulu lah"...
Tanya aku tentulah aku suruh pergi... selagi ada peluang melanjutkan pelajaran, belajarlah... kalau dah tak mampu tu lain cerita... cuba dulu!

Aku lahir sebagai anak sulung dalam keluarga, dan cucu sulung datuk dan nenek dari sebelah emak. Sekaligus menjadi cucu pertama masuk universiti dan "makan gaji" (bangga tu)... Sebab itulah menjadi Kak Long pada ku ada tanggungjawab tersendiri... banyak perkara yang berkaitan dengan pelajaran akulah menjadi tempat rujukan adik-adik juga sepupu dari sebelah emak. Emak ayah selalunya akan berkata "tanya kak" sekiranya melibatkan urusan yang mereka tidak mengerti...

Seingat aku pada waktu belajar dulu semua urusan aku lakukan sendiri... ya lah, mak dan ayah manalah tahu urusan orang bersekolah... tetapi sokongan mereka dari segi moral dan kewangan tidak berbelah bahagi...

Setelah menjadi sedikit dewasa, banyak urusan berkaitan pengajian adik-adik diuruskan oleh aku. Hmm... kalau boleh jodoh mereka pun aku yang nak tentukan hehehe...

Ketika Din gagal dalam SPM nya kali pertama, akulah beria-ia memaksanya mengulang SPM... membawanya ke sekolah persendirian agar dia 'ada masa depan'... alhamdulillah dalam malas belajarnya dapatlah jugak Sijil SPM. Habis SPM aku jugaklah yang memikirkan ke mana hala tujunya... suruh minta IKBN, Giat MARA, bahkan menguruskan permohonannya menjadi ahli bomba, tetapi dalam temuduga Bomba Din telah gagal ujian angkat berat... Akhirnya berbekalkan sijil SPMnya itulah Abg Ta (sepupu dari sebelah ayah) telah membuka peluang untuknya mencuba nasib di rantau orang... dapatlah kerja di kilang Perodua Rawang, dan sehingga kini masih setia di situ...

Kemudian, semasa Yol yang berada di Tahun 3 Fakulti Kejuruteraan Petroleum, Universiti Teknologi Malaysia Skudai di'tendang' dari universiti kerana gagal dalam satu subjek walaupun setelah 'carry paper', aku yang berada di Beluran, Sabah ketika itu yang bersungguh-sungguh mencari peluang untuk dia meneruskan pengajiannya. Memaksanya memohon UiTM intake November dalam tempoh yg sudah hampir tarikh tutup permohonan. Sekali lagi memohon pertolongan Abang Ta membawa Yol ke UiTM Shah Alam bagi urusan permohonan. Bila dah dapat tawaran di UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang Yol pulak cakap tak nak pergi sebab dia nak kampus Shah Alam... dari bumi di Bawah Bayu jenuh menelefon dia pujuk supaya pergi dulu... akhirnya Alhamdulillah... Yol meneruskan perjuangannya... walaupun tidak mendapat segulung Ijazah tetapi Diploma Kejuteraan Elektronik itulah yg menjadi tiketnya mendapat kerja sebagai juruteknik di beberapa buah kilang di Pulau Pinang sebelum kegawatan ekonomi menyebabkan dia diberhentikan kerja... akhirnya permohonan kerja yang baru membawanya ke Emiriah Arab Bersatu...

Ahmad pulak, selepas 6 tahun di UIA (2 tahun matrikulasi, 4 tahun ijazah) dapatlah segulung Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab. Budak ni berjiwa kampung... balik Kelate mintak kerja mengajar dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK), mengajar di Sekolah Arab Permatang Rambai, Pasir Puteh. Jawatan kontrak. Dalam masa yang sama dia memohon KPLI-JQAF. Dah dapat tawaran JQAF tetiba tak nak pergi pulak dah... sebabnya dapat kat Sabah, Maktab Gaya... SK Pekan Membakut. Aku puas telefon pujuk suruh pergi jugak... tanya pendapat Acu Yi dan sebagainya... dalam 50-50 tu dia suruh jugak tempah tiket flight... kalau tak jd kira burn ah katanya... Akhirnya takdir Allah membawanya juga ke bumi Sabah... hehehe sekarang dengar cerita dah pandai cakap Brunei sikit-sikit. (http://www.sanggupa.wordpress.com/)

Kemudian Salim, selepas 2 tahun matrikulasi di Asasi UM Nilam Puri, dia meminta pendapatku apakah jurusan yang sepatutnya di pilih untuk peringkat ijazah. Aku memintanya memilih kursus Pendidikan Islam kerana pada masa sekarang amat kurang ustaz, buktinya di sekolah ku sendiri hanya terdapat seorang ustaz sedangkan ada 8 orang ustazah. Salim menurut saja, memang dia seorang anak yang paling baik di kalangan kami 11 beradik. Kiranya dialah yang 'betul-betul ustaz' di kalangan kami... Ahmad tu ustaz celup je hahaha. Sekarang Salim berada di Tahun Akhir Sarjana Muda Pendidikan Islam.

Seterusnya Masturah. Keputusan akhir Matrikulasi KPM yang diperolehinya yang hanya "cukup makan" merisaukan aku... takut dia akan mendapat kursus yang ntah apa-apa. Lalu sebelum mengisi borang permohonan aku menelefon ke beberapa buah universiti bertanyakan syarat minimum kursus yang ditawarkan... akhirnya KUKUM (sekarang UniMAP) menjadi pilihan pertama. Alhamdulillah sekarang Masturah juga sudah berada di Tahun Akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Universiti Malaysia Perlis. Jika tiada apa-apa halangan insyaAllah tahun depan dia akan grad serentak dengan abangnya Salim.

Hilmi pula setelah mendaftar di Tingkatan 6 mendapat tawaran ke Politeknik Jasin. Kursus Kejuruteraan Mekanikal. Aku tidak bersetuju jika dia berhenti Ting. 6 separuh jalan, lagi pula dia tiada asas dalam matapelajaran Fizik. Jadi Hilmi meneruskan pelajarannya di Tingkatan 6 sehinggalah mendapat sijil STPM yang membawanya ke UDM Ahad lepas.

Syamimi juga mengalami keadaan yang sama. Setelah mendaftarkan diri di Tingkatan 6 barulah mendapat tawaran mengikuti kursus Diploma Multimedia di UDM. Jadi perjuangannya diteruskan untuk menggenggam sijil STPM pada tahun ini.

Buat Hilmi., belajarlah rajin-rajin. Ingat! Tidak dapat masuk U tidak lah malu seperti keluar U tanpa ijazah.

Buat Sya, try your best in STPM.

Buat Farhan, Semoga dapat menggenggam 9A dalam PMR.

Buat Nabil, jangan hampakan harapan guru-gurumu untuk mendapat 5A dalam UPSR nanti.

Dan buat adik manja, Ain... jangan manja-manja sangat. Belajarlah rajin-rajin!!!

Tidak lupa sekalung tahniah buat adik-adik sepupuku... Siti yang berjaya ke UiTM dan Asma yang telah menjejakkan kaki ke Politeknik Kota Bharu. Tidak lupa juga Hisham yang sedang mengikuti Asasi UM di Nilam Puri. Semoga berjaya menggapai apa yang dicitakan.

Kak Long bangga dengan kamu semua!

Friday, June 26, 2009

Buat kita yang terleka...

Hari ni sudah 3 Rejab1430H...
Sekejap saja masa berlalu...
Bulan Allah menjelma lagi...
Tapi apakah pengisian hidup kita sepanjang tahun ini...?
Makan, tidur, kerja, jalan-jalan...
hanya itukah pengertian hidup?
Cukup sudahkan menjadi hamba sekadar melaksanakan rutin harian...
sama seperti kucing, ayam dan haiwan lain...

Solat sekadar yang wajib... itu pun belum tentu diterima...
Puasa sekadar lapar dan dahaga... yang ditinggal belum 'dibayar'...
Sedikit derma dihulur, ujub dan bangga mengembang dalam diri...
Al-Quran... hanya sesekali dibaca... sedangkan majalah dibelek setiap masa...

Cukuplah...
Jika disenaraikan kelalaian kita... tidak kehabisan...
memang sifat kita pelupa... cinta pada dunia...
ingin menggapai syurga... tapi tergoda dengan perbuatan ahli neraka...
Ya Allah...
Ampunilah dosa kami,
yang kami lakukan ketika sedar atau ketika lupa...
yang kami lakukan ketika sunyi atau secara nyata...
Kurniakan kami iman yang benar...
hati yang khusyuk, keyakinan yang mantap, ilmu yang bermanfaat...

Hindarkan kami dari segala kejahatan dunia dan isinya...

Jadikanlah kami di kalangan hamba-Mu yang soleh.

Amin.

Sunday, June 21, 2009

Kisah cuti sekolah (back to origin)

Cuti sekolah yang lalu seminggu kami pulang ke kampungku di Kelantan...
Selain sibuk menghadiri kenduri kahwin sempat jugak turun padang memetik cili merah... ada pemborong datang ambil di rumah untuk dijual di Pasar Jelawat...
Kata mak, cili merah tu Ahmad yang semai, kononnya nak cari duit nak kahwin (kah!kah!kah! berangan...), tapi lum sempat tuai hasilnya Ahmad dapat tawaran JQAF di Sabah... hehehe... akhirnya mak jugak yang kena ambil alih tugas jaga pokok cili tu... lambat lagi lah Ahmad dapat kawin... kursus JQAF masih ada setahun...

Kebetulan pula tembikai yang ditanam mak ayah pun sudah boleh dipetik, jual di bangsal depan rumah... ada merah ada kuning... yang banyak menjaga gerai ialah Syamimi dan mak... bergilir ngan Masturah, Hilmi dan ayah...
Aku tak reti nak berniaga... so tengok-tengok je lah... tumpang seronok bila laku... dapatlah untung sikit berbanding jual kat pemborong... kebetulan pulak musim ni tembikai tak banyak sangat... buah pun taklah besar-besar macam biasa... tapi alhamdulillah rezeki tetap ada...

Adikku si Farhan pulak minat kelaut... kalau tak kelaut pun dia akan tahan pukat di tepi pantai... dapatlah untuk buat lauk, ikan segar...
kebetulan juga masa cuti sekolah hari tu laut teduh (cuaca cantik, tiada gelora)... Salim pun masih cuti lagi, so satu pagi tu diorang turun pagi-pagi lepas Solat Subuh untuk kelaut naik sampan buruk ayah... abang (suamiku) pun ikut turun ke pantai...
tetiba je dia nak ikut adik-adik ke laut... naik perahu pakai dayung tu... nak jadi rezeki anak bendang turun ke laut, hari tu banyak ikan yang mereka dapat... ikan temenung, ikan layur, ikan bangkok, ikan nipis, ikan gelama, ikan belalak mata, udang pun dapat untuk sekali masak... dapatlah disedekahkan kat sedara-mara dan jiran... ikan bangkok dan belalak mata buat lawar, sedaaaaappp!!! ikan nipis dan ikan layur dibuat ikan masin... ikan lain buat lauk, yang lebih simpan sejuk beku... sampai penuh peti sejuk...

Aku pun tak melepaskan peluang mandi laut cam zaman kanak-kanak dulu... sama naik ngan Nabihah dan Chu Ainnya... tak ingat dah umur dah lebih suku abad hehehe... buluh dijadikan pelampung... memang lupa daratan... jarang dapat cuaca yang cantik begini dengan air yang tenang... kalau laut berombak besar selalunya kami main di gigi air sahaja... kali ni mandi rasanya hampir 3 jam... sampai kecut kulit... sunburn tak payah cerita lah... matahari meninggi pun masih dalam laut... BESSSTTTT sesangat...

Kali ni memang kami betul-betul 'balik kampung'... selalunya cuti dihabiskan ke sana sini, tapi kali ni memang masa dihabiskan bersama ahli keluarga... saat-saat keemasan yang dikenang... cuma 3 orang tidak ada, Ahmad di Sabah, Yol di UAE dan Din di Rawang...

Time nak balik ke Perak, cam biasalah... Nabihah menangis meraung-raung tak nak balik... dan seperti biasa 1 jam kami biarkan dia melepaskan kesedihannya sehingga dia tertidur... selepas itu baru dia okey...

Menariknya, dalam tempoh seminggu di Kelantan, percakapannya sudah terikut 'slang' Kelate spt make, semaye, tok sir... GOOD! GOOD! Akhirnya legasi bahasa Kelate diteruskan hehehe... jangan marah ye abah...! Nabihah dah geng ngan ummi... ^ _ ^

Selamat Hari Bapa...

Hehehe... hari ni baru hari bapa rupanya...
Ingatkan semalam...
Macam mana boleh tersalah hari ni?
Ingatkan Sabtu ke-3 bulan Jun, rupanya Ahad ke-3 Jun
tu ler pasal silap wish... i'm sorry...

Apapun buat semua bapa yang bertanggungjawab, Selamat Hari Bapa

Hanya Cikgu Yang Tahu

Orang selalu cakap best ar jadi cikgu, cuti banyak
Sabtu, Ahad cuti
Cuti umum pun cuti
Cuti pertengahan penggal 9 hari
Cuti penggal satu 2 minggu
Cuti pertengahan penggal 2 lagi
Pastu cuti akhir tahun sebulan lebih
Kerja tidak, gaji penuh...
anak murid pandai ke, bodoh ke gaji penuh...
anak murid baik ke, jahat ke gaji penuh...

Apa kata cikgu?

Hmm... cuti Sabtu Ahad
Sabtu Latihan Dalam Perkhidmatan
Ahad tanda buku latihan
Isnin-Jumaat mengajar, tanda buku, buat lesson plan, buat ujian & peperiksaan, tanda kertas, analisis peperiksaan dan headcount bla... bla... bla...
mesyuarat kurikulum, kokurikulum, Hal Ehwal murid etc...etc...
Cuti pertengahan penggal satu - Kelas tambahan, tanda kertas ujian
Cuti Penggal satu - kelas tambahan, tanda kertas PPT,
Cuti pertengahan penggal 2 - kelas tambahan, tanda kertas ujian lagi
Cuti akhir tahun - bertugas mengawas SPM, kena datang sekolah mesyuarat, persediaan tahun depan, dll...
jika dipanggil wajib datang bertugas...
Gaji penuh... kerja tidak abis di sekolah...
Kertas bertimbun di sekolah jugak di rumah...
pelajar tidak solat, guru kejar dan kepung
pelajar tidak sihat, guru jadi 'pemandu ambulans'
pelajar ponteng, guru jadi 'polis'
pelajar tidak lulus, guru kena jawab
pelajar kurang ajar, kereta guru kena calar, kena pancit...

seorang jurutera...
tiba-tiba memilih menjadi guru...
selepas 4 bulan katanya...
"ingatkan jadi cikgu lebih relax... rupanya lebih teruk huhuhu"...

hakikatnya tugas guru...
hanya guru yang tahu...

Saturday, June 20, 2009

Selamat Hari Bapa...

Selamat Hari Bapa...

Khas buat para bapa... teristimewa buat ayahanda serta suamiku...
Semoga sentiasa menjadi bapa yang penyayang...

Friday, June 19, 2009

Warming up

Salam buat sahabat pengunjung blog...

Sekian lama blog ini terbiar sepi...
Ibarat rumah tidak bertuan... nasib baik tak tumbuh lalang...

Mengapa?
Entah... nak kata tiada langsung idea, tak juga...
yalah... sekadar blog peribadi, perjalanan rutin seharian juga boleh jadi modal untuk dicatatkan... tetapi mungkin pengurusan masa yang tidak efisyen menyebabkan masa menjadi kekangan...

Tetiba hari ini hati tergerak untuk warming up kembali blog ini...
mungkin mendapat suntikan semangat selepas menjengah blog adik sendiri yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog... sanggupa.wordpress.com , matbinli.blogspot.com

Tetiba terasa ada banyak cerita untuk dikongsi... tunggulah... insyaAllah akan menyusul entri terkini... walaupun bukan hari ini...

Salam permisi...