Sunday, April 27, 2008

Setiap yang bernyawa pasti akan mati... semua orang tahu hakikat ini... tetapi berapa ramaikah yang bersedia untuk menghadapinya? Kita sering mendengar sabda Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersedia untuk menghadapinya.

Tetapi kita sering dilalaikan oleh dunia yang sementara ini. Semoga video ini sedikit sebanyak dapat menimbulkan keinsafan di hati kita, bahawa mati itu datang tidak kira masa, sama ada kita sudah bersedia atau pun tidak, apabila tiba ajal kita tidak akan dilewatkan walaupun sesaat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Amma ba'du...
Baru memasuki alam siber, aku cuba belajar sesuatu yang baru, cuba mencari lebih ramai kenalan melalui kecanggihan teknologi terkini. Biarpun baru belajar merangkak, aku akan cuba perlahan-lahan belajar bertatih, berjalan seterusnya berlari... sesungguhnya ilmu teknologi semakin maju, justeru ku harap dapat mempelajari perkara baru setiap hari melalui perkongsian kenalan baru... salam perkenalan daripadaku... Bayu Pagi...

Salam Permulaan

Salam selembut bayu pagi...