Tuesday, September 23, 2008

TASIK KENYIR MENGGAMIT LAGI...



4 Jun 2008.

Setibanya kami ke Kuala Terengganu dari pulang Redang, masing-masing meneruskan agenda tersendiri. Kami menuju ke Pasar Payang untuk bersarapan dan membeli ole-ole untuk dibawa pulang. Harga barang kat sini 'boleh tahan' gak mahalnya. Mungkin juga sebab cuti sekolah...

Seterusnya kami menuju ke Losong untuk membeli Keropok Losong yang tersohor tu. Hmm... barang kalau dah ada brand, mahal pun orang beli gak. Saiz kepok losong ni jauh lebih kecik berbanding kepok lekor yang saya selalu dok beli kat Pachakan, Besut. Rasanya lebih kurang je... bahkan kata abang sedap lagi kepok lekor Pok Lan (ayah sepupu saya, keropok lekornya memang sedap!!!)

Kembara diteruskan menuju ke Tasik Kenyir di Hulu Terengganu. Last saya datang ke Tasik Kenyir ialah pada tahun 1986 ketika masih bersekolah dalam darjah empat di Sek. Keb. Tok Bali. Tapi masa tu kami hanya melawat kawasan Stesen Janakuasa Hidroelektrik. Sekarang Tasik Kenyir dah ada resort, chalet, bot dan suku sakatnya yang berkaitan dengan pelancongan. Sesiapa yang minat memancing perlu datang ke sini. Pakej yang disediakan adalah dalam bentuk kumpulan 10-15 orang. Harganya kami tak ambil tahu sangat sebab tak minat.

Kami hanya berkereta pusing-pusing kawasan sekitar tasik buatan ini tapi tak habis pun... luas sangat kawasannya. Jalannya pulak agak sempit dan berbukit... so, kami ambik keputusan balik aje lah. Ingat kan nak singgah mandi kat Air Terjun Sekayu, tetapi disebabkan jarak antara keduanya agak jauh, kami pilih jalan dekat pulang ke rumah ayah dan ibu.

Tengok la panorama Tasik Kenyir yang dipaparkan ni... Cantik kan! SUBHANALLAH.




Ini bukan panorama indah, saja je menyibuk hehe

Heran jugak tengok ada pokok sawit di tepi tasik ni. Kalau buahnya dikait tentu tergolek ke dalam tasik.





Sesiapa yang sukakan keindahan alam pasti teruja. Rasanya kalau dapat kat pengarah filem Bollywood pasti meletup...


Friday, September 12, 2008

LAWATAN BERFOKUS KE PULAU REDANG

Pada 31 Mei hingga 4 Jun 2008 Kelab Biasiswa SMK Seri Perak, Parit Buntar telah mengadakan lawatan berfokus ke Kuala Terengganu dan Pulau Redang.


Kami pun join sekali bersama beberapa orang guru lain bersama keluarga masing-masing.


Pulau Redang sebenarnya kampung asal ibu saya. Di sinilah dia dilahirkan, bersekolah dan meniti zaman kanak-kanaknya. Tetapi ketika berumur belasan tahun datuk dan nenek saya telah berhijrah ke Kelantan mencari kehidupan di bumi Serambi Mekah, di mana ibu telah bertemu jodoh dengan ayah saya, anak tempatan di situ.


Saya sendiri pernah beberapa kali menjejakkan kaki ke pulau ini ketika ia masih merupakan penempatan 'atas air'. Tetapi paling akhir saya datang ke sini lebih kurang 18 tahun lalu, iaitu ketika berada di tingkatan dua. Terlalu banyak perubahan yang berlaku. Daripada penempatan nelayan, kini ia telah menjadi pusat pelancongan. Saudara mara saya yang masih tinggal di sini kini bekerja dalam sektor perkhidmatan hotel, membawa pelancong dan seumpamanya. Menjadi nelayan adalah sangat sukar bagi mereka kini. Menangkap ikan mesti di luar kawasan yang telah digazetkan sebagai Taman Laut, sedangkan kawasan inilah yang menjadi syurga nelayan suatu ketika dulu. Menurut mereka kini, kadang-kadang tiada tangkapan ikan jika ke laut. Kadang-kadang dapat 3, 4 ekor ikan sahaja, sedangkan kos diesel semakin meningkat. Sudahnya, ikan dibeli daripada peniaga yang mendapatkan bekalan dari Kuala Terengganu.


Dulu, jika kami datang ke sini memang pasti dihidangkan dengan pelbagai jenis 'ikan besar', tetapi kini ayam menjadi santapan mereka. Mungkin saya teremosi sedikit... tetapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui oleh warga pulau ini yang melalui 'zaman kemajuan'nya.


Semasa ibu masih di alam persekolahan, Pulau Pinang yang kini disebut Taman Laut (Marine Park) itulah tempat tinggal mereka. Ketika melintasi perkuburan lama di situ tercuit hati saya mengenangkan di situlah bersemadinya arwah moyang lelaki saya. (saya tak sempat kenal dia, tetapi isterinya, iaitu moyang perempuan sempat hidup sehingga saya agak besar, mungkin dalam umur 6 tahun) al-Fatihah buat arwah. Selepas darjah 6 ibu ditawarkan bersekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu tetapi nenek saya tidak mengizinkan. Ketika itu perjalanan dengan bot nelayan memakan masa sehingga 4 jam ke Kuala Terengganu (kini naik feri 1 jam 15 minit je). Ibu pula anak sulung yang menjadi sandaran untuk menolong kerja-kerja di dapur. Arwah datuk pula membuat keputusan untuk menetap di Kelantan. Jadi terkuburlah cita-cita ibu untuk melanjutkan pelajaran...

Selepas itu (tak pasti tahun berapa) kerajaan telah meminta penduduk berpindah ke Pulau Redang (berhadapan dengan Pulau Pinang) dan mereka telah diberikan rumah 'atas air'. Arwah datuk turut mendapatkan sebuah rumah di situ sebagai tempat persinggahannya apabila keluar menangkap ikan di sini. Jadi, kami masih mempunyai tempat tinggal jika sesekali datang menziarahi saudara mara di sini. Masa kecik-kecik dulu saya memang suka jika ke Pulau Redang sebab suka memancing dari atas jeti. Airnya yang jernih memang memikat hati, Nampak pelbagai ikan dan kadang-kadang penyu berenang di dalamnya. Pernah adik saya hampir lemas kerana turun ke dalam air yang disangkanya cetek, tetapi sebenarnya dalam. Ini adalah kerana airnya yang teramat jernih.


Pada tahun 1990 ketika kali terakhir saya ke sini, projek pembangunan seperti membina airport, jalanraya sedang dijalankan. Saya tak pasti tahunnya tetapi selepas itu penduduk Pulau Redang telah diberikan lot tanah beserta rumah yang dibina secara terancang seperti yang ada sekarang. Mereka hanya perlu membayar sejumlah harga bagi rumah dan lot tanah tersebut. Jadi, berakhirlah era penempatan 'atas air'.
Menjejakkan kaki kembali ke sini setelah sekian lama, membuatkan saya teruja. Tetapi kedatangan saya kali ini adalah sebagai seorang pelancong yang ingin menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. SUBHANALLAH.








Kebiruan airnya antara yang terjernih di dunia.














2 Jun 2008 - 3 petang- 'Water Confident' di Teluk Dalam.
Kami diajar cara mengapungkan diri dan merehatkan diri di dalam air sebagai persediaan untuk snorkeling esok hari. Walaupun pakai jaket keselamatan tetapi jika kita panik di dalam air boleh menyebabkan lemas.




Busyra yang masih takut-takut!
Tengok kat belakang tu, student berenang sampai ke tengah laut, di bawah pengawasan jurulatih


Bestnya!!!

Abang very excited, tak nak balik ke chalet.
3 Jun 2008 - acara snorkeling di Marine Park (Pulau Pinang )

Saya berada di jeti pendaratan. Kat belakang tu lah Marine Park, kampung ibu saya dulu. Kini dah jadi tempat pelancong bersnorkeling melihat batu karang dan ikan yang pelbagai jenis.















Nampak tak ikan belang-belang dalam air tu? Pelancong boleh membawa roti untuk memberi makan kepada ikan, tetapi perlu berhati-hati, takut hilang jari.







































Cameraman biasalah, tak banyak fotonya.






















































Wajah busyra yang keletihan.















Biarpun letih, tetap tersenyum.















Sebelah petangnya pula adalah acara island hopping. Kami dibawa pusing pulau dengan bot. Part yang paling best ialah terjun dari bot di tengah-tengah laut. Sayangnya disebabkan arus laut yang deras, kami hanya sempat snorkeling di tengah laut sekejap sahaja sebelum diminta naik ke bot semula. Tetapi coral di tengah laut kebanyakannya dah mati, tidak seperti di Marine Park yang masih terpelihara.

Lastly, kami diturunkan dari bot ke pantai Pasir Panjang. Kat kawasan ni banyak resort yang besar yang menyediakan pakej pelancongan 3hr 2mlm, 4hr 3 mlm dengan harga yang standard. Kami diberi masa 1 jam untuk berada di sini. Kami bersnorkeling lagi, ada yang ke shark point untuk melihat ikan yu. Tapi kat kawasan ni tak ada coral yang cantik, banyak batu-batu besar dan coral yang telah mati.


















Esoknya, 4 Jun 2008, jam 7.30 pagi kami bertolak pulang ke Kuala Terengganu.