Sunday, October 19, 2008

TELAH TIBA DETIKNYA... JUMAAT 9.20 A.M

Pada pagi Jumaat lepas (17 Okt 2008) , jam 9.20 pagi ibu saudara yang saya panggil Mak Long telah dijemput Ilahi kembali ke sisiNya di rumahnya di Kuala Besut. Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun. Ketika menerima panggilan daripada adik di kampung, saya sedang bertugas sebagai pengawas PMR yang berakhir beberapa minit kemudian iaitu jam 9.30 pagi.

Sebenarnya kami memang merancang akan pulang ke kampung pada malam itu untuk menziarahi Mak Long yang sudah terlantar sakit beberapa hari, tetapi rupanya perancangan Allah adalah berbeza... Kiranya beliau hanya menunggu kedatangan hari yang mulia untuk pulang menemui Pencipta... apabila tiba detiknya tidak dilewatkan walau sesaat pun... Maha Besar Allah...

Kami dimaklumkan jenazah akan dikebumikan selepas Solat Jumaat. Ini bermakna kami tidak akan sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir. Hanya 'hadiah' dikirimkan lewat bacaan ayat-ayat suci...

Kami bertolak pada 11 pagi dan tiba di Kuala Besut kira-kira jam 5.30 ptg. Sayu hati melihat 'kolam' tempat memandikan jenazah masih berada di perkarangan rumah. Apa pun kita tahu mati itu pasti... redhalah atas ketentuan Ilahi.

Menziarahi jenazah adalah hak seorang muslim terhadap muslim yang lain. Tetapi jangan beranggapan "kalau tak sempat tgk jenazah tak payah ziarah, sedekah saja Al-Fatihah".
Ahli keluarga yang ditinggalkan memerlukan sokongan kita... agar ujian yang diterima terasa hikmahnya...

Tuntutan tugasan abang sebagai Ketua Pengawas PMR yang tidak sempat disiapkan pada hari Jumaat menyebabkan kami bertolak balik ke Parit Buntar petang semalam (Sabtu 18 Okt 2008) jam 5 petang dan tiba di Parit Buntar jam 11.50 mlm tadi. Walaupun tidak sempat berjumpa arwah pada detik-detik terakhir tetapi saya tidak ralat kerana semasa hayatnya saya berpeluang menyuapkan makanan ke mulutnya, memeluknya, memohon ampun daripadanya... seorang ibu saudara yang disayangi... :-(

Kepada sesiapa yang membaca coretan ini saya pohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah Mak Long saya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihin... Amin.

Wednesday, October 8, 2008

KENANGAN AIDILFITRI 1429H

Tahun ni raya pertama kami sambut di rumah mertua saya di Perlis. Kebetulan pula tahun ni pun abang suami iaitu abang Mail dan Kak Haja juga beraya di Perlis. Jadi meriahlah suasananya. Busyra paling seronok dapat kawan. Dulu dia kamceng dgn Kak Lang (Hanisah), tapi nampaknya tahun ni dia geng baik dgn Hadif. Mungkin sebab depa sebaya...
Menu utama semestinya ketupat dan rendang. Di samping tu Kak Haja masak nasi minyak dan ayam masak merah, saya rebus nasi himpit adabi dan buat kuah kacang. Biskut raya kita buat semperit, tat nenas dan kurma, biskut arab, cornflakes madu, kuih siput, popia susu dan popia simpul. Shitah turut membuat kek chifon, kek coklat dan kek gula hangus. Yang lain kuih tunjuk iaitu batang buruk, biskut oat, biskut aiskrim, maruku
Ni mak mertua dan adik ipar saya. Namanya Siti Roshitah, sedang buat KPLI di Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Bab memasak memang pakar.Jika 'berminat' sila hantar resume...^_^


Anak-anak abang Mail (abang ipar) dari kiri Hanisah, Haziq, Hazirah dan Hadif
.
Ni maklong dan anak-anaknya
Tetamu istimewa, Sabah mari bah...Erni (kiri) dan Hazlina bersama saya di petang raya pertama.
Pak Ngah, Hadif, Busyra dan Mak Ngah sempat berposing sementara menunggu tetamu ahli masjid.

Dari kiri: Makcik (Shitah), Haziq, Busyra dan Pak Lang (Azhari) Ni ketika bersiap nak g solat hari raya.




Sesi kutip duit raya. Nak duit raya kena salam dengan Pak Ngah dulu. Busyra pun tak nak ketinggalan daripada sepupu-sepupunya.



Inilah sebahagian tetamu ahli masjid yang datang. Rumah kami ni dah rumah yang last, jd masing-masing dah tak boleh isi banyak. Yang paling laris hari tu ialah aiskrim+coke. Menu yang tak disengajakan...