Tuesday, November 11, 2008

JANGAN SEKSA AKU...

Buletin Utama TV3 11 November 2008.
Kenyataan Menteri Pelajaran supaya mengharamkan tayangan visual Sajak Kematian kepada murid-murid tahun 1 dan 2 kerana katanya pada umur itu kanak-kanak belum dapat mencerna apa yg ditayangkan. Katanya lagi tidak boleh guna cara menakut-nakutkan...

Kemudian dipetik pula kenyataan Ustaz Zawawi yg mengatakan cara tayangan itu adalah selari dgn perkembangan zaman...

Secara peribadinya saya panas hati apabila mendengar kenyataan bahawa tayangan itu menakut-nakutkan. Tidakkah kita sedar bahawa di dalam Al-Quran itu berapa banyak ayat-ayat yang menakut-nakutkan (Tanzir) kita dengan amaran azab Allah yang pedih dan sebagainya. Kalau nak kata budak-budak tu tak reti sangat cuba tanya diorang pasal perkara-perkara berkaitan hubungan intim lelaki perempuan, tak fahamkah mereka? Jawapannya... ada di kalangan mereka dah advance bab-bab macam tu. Tp bila masuk bab akidah bdk Ting 1 pun blur kalau ditanya Rukun Iman, Rukun Islam. Kenapa? Kerana tiada pendedahan sejak kecil. Berapa ramaikah ibubapa yg mengajar anak-anak di rumah tentang Rukun Iman dan Rukun Islam dibandingkan ibubapa yg mengajar anak-anak menghafal sifir atau formula mate, sains dll. Apabila pihak sekolah cuba mengambil alih tugas ini, diharamkanlah pulak. Memang betullah masyarakat kita lebih suka anak-anak kecik diajar menyanyi, menari drp ajaran agama. Tetapi apabila mereka dewasa menjadi manusia yg tidak tahu tujuan hidup, kita saling menyalahkan, dan paling banyak yg disalahkan ialah ustaz ustazah yg dikatakan tidak menjalankan tugas.

Saya ada banyak perkara nak diperkatakan, tetapi tak pandai nak tulis. Dah jd macam org berleter dah ni.

Kat sini saya copy pastekan artikel yg diambil drp web Tranungkite untuk renungan bersama.

"ANAK bongsu saya yang baru belajar di darjah tiga mengalami perubahan sikap yang sangat ketara. Dari kemaruk menonton siri kartun yang disiarkan dikaca tv serta sering bertumas depan komputer bermain game, malah cukup susah nak diajak balik kampung pada hari minggu kerana sayang berpisah dengan ‘pollystation’nya, kini menjadi pengekor yang kemaruk ke masjid.
Dia juga mengingatkan supaya dikejutkan dari tidur untuk sama-sama ke masjid menunaikan sembahyang Subuh berjemaah. Kalau sesekali saya tidak ke masjid kerana sesuatu masalah dan saya sembahyang saja di rumah, anak saya tidak akan beralih dari sejadahnya apabila selesai sembahyang Maghrib sementara menunggu masuk waktu Isya’.Doanya panjang, nampak semacam sedang bertafakkur. Bila ditanya isteri saya macam mana anak saya boleh berubah, dia hanya geleng kepala. Macam mana pun kami suami isteri cukup gembira dengan perubahan sikap anak bongsu kami yang diharap bila besar nanti akan menjadi seorang terpelajar yang tahfiz dan bertaqwa.
Saya hanya ketara tentang punca perubahannya apabila petikan gambar iringan pendeklamasian puisi tentang siksa kubur disiarkan dalam slot berita oleh sebuah stesen tv, anak bongsu saya lantas menjerit memberitahu bahawa gambar yang sama ditayangkan di dewan sekolahnya
Rupanya itu yang menjadi faktor perubahan sikapnya. Dari seorang anak yang agak degil dan tidak cepat ambil endah bila disuruh mandi, diajak sembahyang, disuruh mengaji Quran, disuruh makan, disuruh buat kerja sekolah atau diminta berhenti tonton tv atau bermain komputer mahu pun pollystation untuk tidur pada waktu sepatutnya, kini dia menjadi sebaliknya.
Bila ditanya apa yang didoakan, katanya minta dia, abah, mama, tokcik (datuk), mokwe (nenek), abang, kakak, sepupu dan seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup, yang telah mati mahu pun yang akan lahir tidak akan dikenakan siksa kubur, supaya lubang kubur menjadi sebahagian dari taman-taman syurga.
Maknanya penayangan video/cd pendeklamasian puisi yang diiringkan dengan lakunan tentang siksa kubur yang kini diperdebatkan setelah ianya disiarkan melalui slot berita oleh sebuah stesen tv, secara tidak boleh merubah sikap anak-anak ke arah mendekatkan diri dengan amalan agama.
Ianya tentulah akan mengembirakan ibubapa yang mahukan anak-anak bukan sahaja berpelajaran tetapi juga beriman dan bertaqwa pada era pemikiran anak-anak terlalu mudah dipunahkan oleh pelbagai unsur, ketika era soal amalan agama kurang dititik-beratkan sekarang.
Lagi pun bukankah bila mahu melentur buluh kena bermula dari rebungnya lagi. Maknanya kalau mahu menyedarkan anak-anak tentang dosa pahala, tentang siksa yang akan ditanggung di alam kubur dan alam akhirat jika melakukan dosa, maka ketika mereka masih kanak-kanaklah masa yang sesuai untuk diinfomasikan kepada mereka tentang itu kerana agama pun mahukan anak-anak disuruh mula sembahyang ketika berumur tujuh tahun. Jika masih juga tidak sembahyang ketika berusia 10 tahun, disuruh pukul.
Soalnya berapa ramai ibubapa zaman sekarang ini yang pukul anak kerana tidak sembahyang atau yang malas mengaji Quran atau pun yang enggan ke kelas Fardhu Ain. Malah berapa orang ibubapa yang menganggap anak-anak akan rugi kalau menjadi warganegara yang tidak sembahyang, yang tidak kemaruk melakukan amalan-amalan agama. Sebaliknya ramai yang akan marah dan tekanan darah akan naik bila anak-anak mendapat markah di bawah target dalam ujian penggal atau dalam sesuatu peperiksaan.
Kalau nak dikatakan kerana ditakut dan digerunkan oleh penayangan gambar iringan dalam pita pendeklamsian puisi tentang siksa kubur boleh merosakan pemikiran dan menjejaskan tumpuan anak-anak dalam belajar, saya dapati hal sedemikian tidak berlaku bila anak saya sendiri dalam ujian akhir tahun ini telah mengalami lonjakan yang sangat ketara pencapaiannya dalam pelajaran.
Oleh itu pada saya, penyangan gambar lakunan tentang siksa kubur yang mengiringi pendeklamsian puisi mengenainya kepada pelajar sekolah rendah (malah kepada pelajar sekolah menengah dan pelajar universiti) patut diteruskan dan jangan ditarik balik.
Siksa kubur adalah suatu hakikat dan kepercayaan itu kena ditanam dalam kepala anak-anak kita supaya nanti mereka bukan sahaja akan dewasa sebagai seorang yang terpelajar tetapi juga yang akan kuat iman dan bertaqwa.
Macam mana pun kena dielakkan dari unsur-unsur paksaan. Misalnya murid yang tidak berminat atau bagi murid yang ibubapa masing-masing bimbang pemikiran anak mereka akan rosak jika dipertontonkan gambar lakunan tentang siksa kubur dan pembalasan di hari akhirat, mereka hendaklah dikecualikan dari menontonnya. Yang jelas Islam bukan agama paksaan.
Rahim Abdul Halim
www.sabahdaily.com

1 comment:

Anonymous said...

sye stju spye penayangan video 2 x dbrhentikan..mse kitorang drjh6 laz year pn ktrang kne motivate n tgk tyngn cam 2 olh ustaz Abdullah Khairi..huh mmg takot giler..ktrang kne motivate 2 petang..pg 2 rmi sgt x smbhyng sboh..so kessokkn hrnye cg suh bdk thn6 brkmpul n than tnye spe x smbhyng tnggl 2 org je yg still keras ati..video 2 mmbntu kite utk igt bhwe mati akn dtg bile2 mse n kite prlulah ckopkn ibadah kite...
visit 2 my blog n kasi komen www.ihatepink-eah.blogspot.com

e'ah