Saturday, November 8, 2008

SIRIH PULANG KE GAGANG...( dedikasi buat sahabatku Huda )

Tiba-tiba terdetik hati untuk mencoret tentang sahabat saya yang baru mendapat keputusan pertukarannya semalam... keputusan yang menggembirakan hati ibubapa tentunya ... pertukarannya diluluskan ke Kedah. Tahniah dan alhamdulillah...

Sahabat saya ini, Huda namanya, berasal dari Pahang dan suaminya Hasan berasal dari Alor Star, Kedah. Cinta mereka bermula sebagai teman sepengajian semasa menuntut di SMAP Labu dan dijodohkan Allah menjadi suami isteri pada tanggal 27 Mei 2001, seminggu sebelum tarikh pernikahan saya dan suami.

Mula mengenalinya sebagai coursemate SMPI di APIUM pada tahun 1996. Kebetulan pula kami sama-sama menjadi warga KKS17, PJ.

Pada awalnya saya dan Huda bukanlah akrab, sekadar kawan sekuliah seperti sahabat yg lain. Tetapi kami mula menjadi 'kamceng' ketika sama-sama mengambil Kursus Elektif di Fakulti Sains Sukan semasa tahun akhir. Hanya kami berdua pelajar Akademi Pengajian Islam yg mengikuti kursus tersebut dalam kelas tersebut, sehingga dikenali oleh pensyarah. Kiranya kamilah ustazah yg 'sempoi ala-ala brutal' pd waktu itu. Syoknya, kursus tu kami berdua dapat A.




Julai 1999 kami dipostingkan ke Sandakan, Sabah. Allah telah menetapkan saya ditugaskan ke SMK Beluran yg dikira kawasan pedalaman, manakala Huda dan coursemates kami yg lain semuanya di kawasan Bandar Sandakan. Kalau dpt sy sebut; Huda, Kak Asmah, Asyrof Ridzo, Asiah Md Noor, Asiah Abd. Kadir, Siti Jumrah, Che Mastura, Norsalmiza, Kak Hasmidah, Hilyati dan Norhaslizawati. Setiap kali keluar ke bandar Sandakan, rumah Huda dan Kak Asmah lah tempat penginapan saya... Perkenalan saya dan suami juga diatur oleh Huda dan sahabat suami; Nora&Nizam ( TQ ^_^ ) . Pertemuan pertama di rumah sewa Huda merintis jalan sehingga termeterailah ikatan janji, akad berwali, ijab bersaksi antara dua hati, saya dan suami hingga kini (semoga kekal hingga ke syurga, amin).


Ada kisah menarik ketika kami hendak pulang bercuti pada Mei 2001, (cuti sekolah dan juga kawin) jika Huda masih ingat... (mungkin saya akan coretkan kenangan itu lain kali)... Kenangan yg sukar dilupakan...

Jadi, sahabat saya Huda ini memberi makna yang besar dalam hidup saya. Kebetulan pula suami saya dan suami Huda berkongsi loghat yg sama (Perlis dan Kedah bahasanya lebih kurang je), jd tidaklah kekok bila berkumpul.












Tahun 2002 Huda telah berpindah ke Kota Kinabalu dan mengajar di SMK Sanzac kerana Hasan bertugas di Kolej PTPL KK. Sekiranya ke KK rumah merekalah menjadi tempat kami berlabuh... Jimat belanja hehe...


Akhir tahun 2002 Haddad Mubarak hadir menambah seri pasangan ini.

Sedangkan saya dan suami hanya menerima org baru pd 2004.

Rezeki masing-masing.




Putera kedua, Habiburrahman hadir pada 2004.


Kemudian Hanif Hanzalah lahir pada 2007.



















Gambar-gambar ini diambil pada Hari Raya kedua tahun 2008, (2 Syawal 1429H) di rumah ibu bapa Hasan di Alor Star, Kedah. Mereka pulang dari Sabah untuk beraya bersama keluarga. Kami pula singgah sementara dalam perjalanan pulang beraya ke Kelantan.
















Sekarang Huda dan Hasan sedang menanti kelahiran cahayamatanya yang keempat. Semoga kali ini Allah mengurniakan seorang puteri...
Setelah beberapa tahun memohon, akhirnya tahun ini pertukaran mereka untuk Januari 2009 diluluskan , balik ke Kedah. Yang paling gembira menerima berita begini pastilah ibu bapa... Sama seperti saat saya dan suami dapat pindah dulu.
Apa pula perasaanmu Huda?
Perasaan yang sama yang pernah saya dan kawan-kawan yang lain rasa... gembira, sedih, risau...
Gembira kerana akhirnya permohonan telah berjaya. Sedih kerana akan meninggalkan tempat berkhidmat sekian lama dan kawan-kawan yg sudah sekepala. Risau... Apa yg dirisaukan??? Cukup makankah nanti?
Saya yakin sesiapa yg pernah bertugas di Malaysia Timur tahu apa yang LEBIHnya di sana berbanding rakan-rakan yg bertugas di semenanjung. ELAUN. (Balik semenanjung elaun hanya tinggal RM650/RM750/RM850 ,ikut rate cola RM100, RM200 atau RM300.)
Bagi saya, kebanyakan kakitangan awam yg bertugas di sana bukan tidak dihambat rindu pada kampung halaman, pd saudara-mara, tetapi kerisauan "Kalau balik semenanjung cukupkah gaji nanti...???" Saya juga melontarkan soalan yg sama suatu ketika dulu. Kami 'kehilangan' RM 1600 sebulan apabila pulang ke semenanjung. Cukup untuk bayar kereta dan rumah. Jawapan org tua kami: "Duit boleh dicari..." Bukankah apabila elaun kurang, duit bulanan ibubapa turut berkurangan? Jawapan mereka: "Mana lebih penting antara duit dgn org tua?". Kegembiraan org tua rupanya adalah dengan adanya anak cucu di sisi mereka.
Percayalah Huda, apabila ibubapa gembira dgn kita, keberkatan hidup itu ada... Hubungan dgn saudara mara yg dulunya renggang (sebab jumpa pun setahun sekali je) kini semakin rapat. Anak saya sudah pandai mengatakan " Cepat la abah, nak balik umah Tok Wan" atau "Tak nak balik Perak" setiap kali balik ke Kelantan. Biarlah dia membesar bersama ayam-ayam Tok Wannya atau berjemur mentari setiap kali bermain ombak di Pantai Tok Bali... yang penting dia kenal ummi dan abahnya berasal dari mana... (Ada kawan saya yg sangat lama tinggal di Malaysia Timur, balik kampung setahun atau 2 thn sekali sj, akhirnya anaknya tidak betah pulang ke kampung dan memang tak kenal saudara-mara).
Tapi... kata Huda bukan gaji yg dirisaukannya, sebaliknya bagaimanakah susun atur kehidupan nanti di tempat yg baru. Jika sepanjang berada di KK jarak tempat kerja tidaklah jauh dari rumah, begitu juga kemudahan lain, sekolah anak-anak dan sebagainya. Hmm... yang itu kena balik dulu, baru tahu macam mana keadaannya. Yakinlah... setiap apa yang ditakdirkan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Oleh itu Huda sahabatku, PULANGLAH dengan senyuman... Roll Smile Sunshine Raise The Roof
Bahagiakanlah ibubapa ketika hayat mereka (dan hayat kita juga) masih ada. Hulurkan tangan ketika mereka masih mampu menyambutnya (macam iklan raya pulak). Peluklah mereka tatkala mereka masih dapat merasai denyut kasih dakapanmu. Tiada guna lagi pelukan kita apabila jasad terbujur kaku... Pasti nanti kita juga tidak mahu anak-anak berjauhan dengan kita ketika kita meniti hari-hari sunyi sebagai orang tua. (Nasihat ini buat diriku juga yg sebenarnya sudah selesa berada di Parit Buntar ni, yalah, dah duduk umah sendiri, sedangkan mentua di Perlis sgt mengharapkan kami dpt pindah ke Perlis. Bukan tak mohon, dah 7 kali mohon tp tak lulus jugak. Malas nak gi Putrajaya sebab pasti jawapannya "Perlis negeri kecik, tak banyak sekolah. Parit Buntar tu bukan jauh pun... 3 jam dah sampai Perlis. Tiap-tiap minggu blh balik." Tahun depan cuba lagi).


Buat Huda, Hasan, Haddad, Habib, Hanif dan H??? yang bakal lahir, Selamat Pulang ke pangkuan keluarga yang merindui... On the Cheek

2 comments:

Mujahid313 said...

Assalamualaikum...
kak Rina ni, apa khabar semua? Lama tak dengar berita. Seronok pulak baca artikel ni.
Apa2pun mcm mana nak contact Ti dan Huda? Sila tinggal mesej kat blog Ustaz. Tq

Nafsah Dulajis said...

salam alaik.

crita2 cam ni..rindu plak ngan Msia. good job ustzh, keep it up!

wasalam.