Sunday, June 21, 2009

Hanya Cikgu Yang Tahu

Orang selalu cakap best ar jadi cikgu, cuti banyak
Sabtu, Ahad cuti
Cuti umum pun cuti
Cuti pertengahan penggal 9 hari
Cuti penggal satu 2 minggu
Cuti pertengahan penggal 2 lagi
Pastu cuti akhir tahun sebulan lebih
Kerja tidak, gaji penuh...
anak murid pandai ke, bodoh ke gaji penuh...
anak murid baik ke, jahat ke gaji penuh...

Apa kata cikgu?

Hmm... cuti Sabtu Ahad
Sabtu Latihan Dalam Perkhidmatan
Ahad tanda buku latihan
Isnin-Jumaat mengajar, tanda buku, buat lesson plan, buat ujian & peperiksaan, tanda kertas, analisis peperiksaan dan headcount bla... bla... bla...
mesyuarat kurikulum, kokurikulum, Hal Ehwal murid etc...etc...
Cuti pertengahan penggal satu - Kelas tambahan, tanda kertas ujian
Cuti Penggal satu - kelas tambahan, tanda kertas PPT,
Cuti pertengahan penggal 2 - kelas tambahan, tanda kertas ujian lagi
Cuti akhir tahun - bertugas mengawas SPM, kena datang sekolah mesyuarat, persediaan tahun depan, dll...
jika dipanggil wajib datang bertugas...
Gaji penuh... kerja tidak abis di sekolah...
Kertas bertimbun di sekolah jugak di rumah...
pelajar tidak solat, guru kejar dan kepung
pelajar tidak sihat, guru jadi 'pemandu ambulans'
pelajar ponteng, guru jadi 'polis'
pelajar tidak lulus, guru kena jawab
pelajar kurang ajar, kereta guru kena calar, kena pancit...

seorang jurutera...
tiba-tiba memilih menjadi guru...
selepas 4 bulan katanya...
"ingatkan jadi cikgu lebih relax... rupanya lebih teruk huhuhu"...

hakikatnya tugas guru...
hanya guru yang tahu...

2 comments:

Nafsah Dulajis said...

ustazah tahu cita2 saya jadi cikgu sampai sekarang masih ada.
bakti banyak. pahala banyak. noble job bah jadi cikgu ni.

tp hari ini tengoklah apa jadi. kerja apapun klu x jujur nnt Allah persoalkan tanggungjawab kita..kan kan?
hehhe...

saya bangga ada cikgu macam ustazah ^_^

bayu pagi said...

Tak jadi cikgu sekolah pun tetap blh jadi guru... menyampaikan ilmu dgn cara tersendiri... Ustazah Doktor Nafsah gitu...

Jadi guru nampak mudah, tapi bila jd guru agama ada 2 tanggungjawab dipikul;- anak murid biar lulus periksa, dan nak jadikan muslim mukmin... itu yang susah jika tiada support di rumah...

Apapun... Allah Maha Mengetahui apa yang kita lakukan...